16-18 September 2022
Plenari Untuk Setiap Malam: 8.00-9.30PM
Plenari 1: Kasih Yesus Yang Nyata Di Kalangan Pelajar Kampus
Plenari 2: Kasih Yesus Yang Nyata Di Kalangan Pelajar Sekolah Menengah, Para Guru dan Komuniti
19-25 September 2022
Konferensi Pembina Murid merupakan acara tahunan Malaysia Campus for Christ (MCCC) yang fokus kepada pembinaan dan pelipatgandaan rohani di setiap sektor komuniti serta masyarakat. Pada tahun ini, buat julung kalinya kita akan mengadakan konferensi ini dalam Bahasa Melayu. Ia fokus kepada setiap peribadi yang mempunyai kerinduan dan ingin mengetahui lebih dalam tentang misi dan prinsip-prinsip pembina murid, khususnya bagi mereka yang berada di Sabah. Konferensi ini akan diadakan secara HYBRID, yang mana setiap peserta boleh memilih untuk mengikuti konferensi ini secara bersemuka atau pun secara atas talian melalui applikasi Zoom dan secara langsung di FB Group. Anda boleh membuat pilihan melalui laman pendaftaran yang disediakan dan kami akan menghubungi anda secepat mungkin untuk maklumat yang selanjutnya.
Melalui konferensi ini, anda akan disegarkan kembali dengan Mesej Firman Tuhan melalui tema utama iaitu “Kasih Yesus Yang Nyata”. Kita juga akan dibawa untuk melihat dan belajar bagaimana untuk diperlengkapi menjadi alat dan saluran Tuhan dalam menyampaikan Kasih Yesus yang Nyata itu kepada komuniti kita bahkan masyarakat di sekitar kita.
Sila klik ikon FB di atas untuk memohon untuk menjadi Ahli Kumpulan FB ini. FB Group ini merupakan FB Rasmi bagi konferensi ini. Anda akan dipertemukan dengan para pemurid yang lain di serata Malaysia mahu pun luar Malaysia dalam laman FB ini.
Dengan tema “Sabah GO22”, sekali lagi kita ingin mengutus sekitar 40 peserta trip misi ke kawasan Kota Belud dan Kota Marudu pada 19-25 Ogos 2022. Melalui kerjasama daripada gereja setempat di kawasan tersebut, maka kita akan mengutus sekitar 6 tim ke kawasan Kota Belud dan 2 tim ke kawasan Kota Marudu.
Setelah lebih kurang 2 tahun, kita tidak mengutus trip misi disebabkan isu pandemik, maka tiba masanya sekali lagi, kita akan mengutus trip misi secara bersemuka pada tahun ini. Jangan lepaskan peluang ini…! Daftarlah sekarang melalui pautan di bawah. Ia hanya terhad kepada 40 orang peserta sahaja. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 11 September 2022.
Segala komunikasi untuk konferensi dan trip misi akan disampaikan melalui Kumpulan WhatsApp: Sabah GO22. Sila klik ikon WhatsApp di atas untuk menyertai Kumpulan WhatsApp ini.
Sekiranya anda mempunya sebarang pertanyaan yang memerlukan maklumat lanjut, sila hubungi kami di nombor dan email yang tertera di bawah, akhir laman sesewanng.
Keadaan "Lock Down" semasa pandemik yang lalu, telah membuka peluang kepada kita untuk meneruskan trip misi melalui pelaksanaan secara atas talian. Dengan situasi sekarang yang semakin mengizinkan untuk mengadakan pergerakan dan pertemuan secara bersemuka, kita tetap melihat bahawa masih ramai peribadi yang kita boleh jangkau melalui wadah alam maya ini.
Dengan melihat keperluan ini, kita ingin meneruskan untuk mengutus tim Trip Misi Atas Talian atau Digital Mission Trip (DMT). Kita mensasarkan jumlah sekitar 3-4 tim “Trip Misi Atas Talian” dan juga dilaksanakan bersamaan pada 19-25 September ini. Kami ingin mengundang anda yang tidak berkesempatan untuk mengikuti Trip Misi secara bersemuka, supaya mengambil peluang untuk mengikuti Trip Misi Atas Talian ini. Anda boleh mendaftar melalui pautan pendaftaran yang disediakan dan kami akan menghubungi anda untuk maklumat yang selanjutnya.
Senarai seminar di bawah merupakan pilihan seminar yang anda boleh ikuti pada sebelah siang. Pilihan seminar ini adalah berdasarkan pembelajaran secara praktikal dalam menjangkau dan membina murid dalam tiga skop yang utama iaitu:
SEMINAR UNTUK BAHAGIAN STUDENT-LED MOVEMENT (SLM)
2.00pm to 4.30pm: 18 September 202
Mengapa Kampus? Visi dan Misi
Membina Gerakan Rohani di kampus. Mengapa dan Bagaimana?
Strategik MEMENANGKAN.MEMBINA.MENGUTUS
Freshmen Outreach Campaign (FOC)
SEMINAR UNTUK BAHAGIAN YOUTH-LED MOVEMENT (YLM)
Apakah MC2?
Apakah Yang Dimaksudkan Dengan "Komuniti & Gereja Yang Sihat"?
Visi Hati Bapa
Mengapa MC2?
SEMINAR BAHAGIAN LEADER IMPACT (LI)
Berhubung Dengan Tuhan
Menemukan Misi Peribadi Anda
Pemahaman Keunikan Anda
Re-fokus Hidup Anda
Albert Kuin merupakan Ketua Pelayanan Student-Led Movement (SLM) di Sabah. Mempunyai latarbelakang sebagai pelajar kampus. Sangat komited dalam berjalan bersama pelajar kampus untuk membantu pertumbuhan iman bahkan membina mereka sebagai pemimpin. Sesuai dengan slogan pelayanan Student-Led Movement (SLM) iaitu “Reaching tomorrow’s leaders today”. Secara spesifik, Bro.Albert Kuin akan berbicara mengenai “Bagaimana para pelajar Kristian Kampus, boleh terlibat dalam misi yang sangat penting iaitu penginjilan dan pemuridan sementara berada disepanjang pengajian mereka di Universiti?” Bro.Albert Kuin dan isteri, telah melayani di kalangan pelajar kampus selama 15 tahun sehinggalah sekarang.
Bro.Andrew Gilong merupakan Ketua pelayanan Youth-Led Movement (YLM) di Sabah. Aktif melibatkan diri dalam misi pelipatgandaan rohani dikalangan pelajar Sekolah Menengah melalui kerjasama dengan guru-guru Kristian, bahkan telah banyak memainkan peranan dalam membina kerjasama dengan gereja-gereja setempat dalam mengembangkan misi penginjilan dan pemuridan. Bro.Andrew Gilong telah melayani sepenuh masa sejak tahun1985 dan telah menyelesaikan pengajian “Sarjana Muda Teologi” di STS pada tahun 2004. Sehinggalah sekarang beliau dan isteri tetap aktif serta komited terhadap panggilan Tuhan bersama dengan organisasi Malaysia Campus Crusade for Christ (MCCC).
Malaysia Campus Crusade for Christ (MCCC) lebih dikenali sebagai Persatuan Pelayanan Kristus Sabah (PPKS) di Sabah. Bro.Albert Joseph adalah Pengarah pelayanan PPKS dan sangat giat dalam membangun dan membina para pelipatganda bukan saja di kalangan pelajar kampus, tetapi juga di kalangan keluarga dan komuniti dimana-mana. Beliau juga merupakan Ketua Student-Led Movement (SLM) Nasional. Telah melayani sepenuh masa sejak tahun 1990 sehingga sekarang. Beliau dan isteri tetap giat melayani Tuhan serta banyak terlibat dalam keperluan kepimpinan dalam organisasi ini.
Yuran penyertaan adalah berdasarkan pilihan penyertaan anda seperti yang dinyatakan berikut di bawah:
Konferensi Pembina Murid
Yuran penyertaan adalah berdasarkan pilihan penyertaan anda iaitu sama ada secara "ATAS TALIAN" ataupun "SECARA BERSEMUKA". Maklumat selanjutnya akan diberikan setelah anda mendaftar.
Pengangkutan
Minuman & Makanan
Penginapan
Program sepanjang trip misi
Insurans
Tiket Penerbangan
Trip Misi Atas Talian
Tiada Yuran Dikenakan
Mempunyai Data Internet Sendiri
Key Benefit
Key Benefit
Key Benefit
Setiap tim Trip Misi bersemuka dan Trip Misi Atas Talian akan dianggotai sekitar 4-5 orang peserta dan diketuai oleh 1 orang Ketua Tim serta diselia oleh seorang Staf Persatuan Pelayanan Kristus Sabah (PPKS). Anda akan dilatih bagaimana mengunakan bahan-bahan penginjilan dan pemuridan oleh Staf Penyelia anda. Sila maklum bahawa pihak PPKS akan menyediakan Surat Usahadana bagi peserta yang menyertai Trip Misi lokal bersemuka.
Nota: Yuran Trip Misi Lokal sebanyak RM 170, adalah tidak termasuk perbelanjaan tiket penerbangan. Yuran ini hanya merangkumi keperluan perjalanan sepanjang Trip Misi anda. Anda boleh membuat usaha dana untuk menampung pembelian tiket penerbangan bagi anda yang berada atau peserta luar kawasan Sabah. Jumlah keseluruhan dana yang perlu diusaha dana oleh peserta Trip Misi lokal akan di selaraskan di dalam Surat Usaha Dana.
Kami ingin menjemput anda menyertai Persekutuan Doa Pagi setiap pagi jam 5.00-6.30am kecuali pada pagi Ahad dan juga Persekutuan Doa Setiap Minggu iaitu pada 20 & 27 August dan 3 & 10 September jam 8.00-10.30pm. Persekutuan doa ini dilakukan melalui platform Zoom. Anda boleh menyertai WhatsApp Group:SABAH Prayer Movement untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai Persekutuan Doa ini. Anda hanya perlu mengklik gambar poster di bawah dan anda akan di bawa ke WhatsApp Group tersebut.